Tuesday, April 27, 2010

MB TURUN MONCHEH ..PROGRAM JUARA RAKYAT...

salam satu malaysia..

Program Juara Rakyat  yang diadakan diadakan di Kampung Batang Rokan  telah berlangsung dengan jayanya.Jutaan terima kasih  diucapkan kepada YAB Tok Mat yang sudi hadir ke Program tersebut  .. DIFAHAMKAN dari pagi lai  Tok Mat  dah sampai dan  berkampung kek moncheh ..baru lah namo eh "Rakyat didahulukan"
Program-program kampung seperti inilah yang   perlu diadakan bagi menambah mesrakan lagi hubungan antara pemimpin dengan masyarakat...tgk Tok Mat kek batang rokan ..kan main sporting lagi..Pemimpin-pemimpin yang lain..apa tunggu lagi...rakyat menanti anda ...
Meriah! itu lah yang dapat dikatakan..jemputan yang hadir pun menggalakan.semangat yang macam ni lah kita perlukan dari semua pihak terutama sekali kampung yang terlibat.
Dalam program  tersebut..MB telah menyampaikan Geran Hak Milik Rumah Rakyat Batang Rokan , selain sumbangan  kepada ibu tunggal  ( KEMAS Daerah Tampin ) dan juga  menyampaikan  Bantuan Persekutuan  Jabatan kebajikan Masyarakat DaerahTampin..

Terima kasih juga pada semua yang terlibat dalam sama-sama menjayakan program ini  dari peringkat mula hingga selesai majlis..ANDA SEMUA JUGA ADALAH JUARA..

 
                              ketibaan MB disambut oleh Dato' Kamil dan org2 kampung

                    jaga-jaga dik...jangan Syok bersilat tak perasan MB kek dopan tu

                          "terima kasih Tok Mat sudi datang Moncheh" ..kata Tok Mil

   
            "Sama2...kok ado lai program kek moncheh nie..jomput se lai"..kata tok mat
                           
                        terima kasih Tok..dapat gak hak milik kekal rumah saya tu..
                          leh bisness gorang pisang ni..dapek minyak masak free..
                         makan time..


TERIMA KASIH ...TOK MAT MEMANG JUARA RAKYAT....

Wednesday, April 21, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)2010 PERINGKAT DUN GEMENCHEH

Asslamualaikum dan salam sejahtera

Pada 14 April 2010 ( Hari Rabu ) yang lalu , Yb Dato' Kamil telah menyempurnakan dan menyampaikan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin 2010 , Kementerian Pelajaran Malaysia ,  Bagi Peringkat Dun Gemencheh .
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Maktab Rendah Sains Mara.
Seramai 794 orang penerima dari 16 buah SK , SJK ( T ) dan SJK (C)  dalam Dun Gemencheh .
Dalam ucapan beliau menyatakan dasar kerajaan yang tidak memilih bangsa dan agama , sesiapa juga pihak kerjaan akan tampil dan memberikan apa juga bantuan jika mereka benar layak .
Semoga dengan bantuan yang disalurkan  dapat meringankan sedikit beban  ibubapa  mahupun pelajar  tersebut dalam menghadapi  pelajaran mereka.

Tu lah  sedikit petikan dan pesanan Yb dato' kamil...
moh kita tgk  suasana majlis tersebut yang sempat dirakam dalam lensa kamera saya.

                                  Ucapan perasmian Oleh YB Dato'
Sebahagian tetamu dan penerima yang hadir
penuh dewan MRSM...


                                  Wakil dari Sek Keb...
                                         Wakil dari SJK ( C )

                                          Wakil dari SJK ( T )

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar.
 









Friday, April 16, 2010

Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2010

Salam Satu Malaysia

Hari Sabtu yang lalu ( 10 April 2010 )  bertempat di Felda Bukit Rokan  , Yb Dato'  turun padang untuk bersama-sama dengan   mahasiswa dari Universiti Malaya  yang menjadi anak angkat kepada penduduk  di kawasan Felda Bukit Rokan.

Sungguh meriah suasana pagi sabtu tu... macam-macam  acara yang ada ...gotong royong memasak...acara silat ...dan yang paling best tu ..kacau dodol..best nya dapat makan ponganan....Dato sendiri yang mengacau tau..meh kita tgk  aksi dato mengacau dodol...
                                          kacau to' jangan tak kacau....
                                                        acara apa lak nie sampai cam tu sekali
                                                        tok mil bagi arahan....
                                          wah!!! dapat hamper lagi....
                                          kupas dik..jangan tak kupas...
                                           Ini lah dia anak-anak angkat orang Felda Bukit Rokan

Piala FA , N.Sembilan vs Kedah

Salam ...

Syabas dan tahniah kepada  pasukan N.Sembilan  kerana dapat menawan Piala FA untuk tahun ini.

Sempena perlawanan  yang telah  berlangsung pada hujung minggu lalu , Yb Dato' Kamil tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memberi sokongan  kepada pasukan N.Sembilan..

Sebanyak 6 buah bas  telah dilepaskan pada upacara  pelepasan  pasukan penyokong N.Sembilan  untuk Dun Gemencheh sahaja.Jumlah tu mengatasi Dun Repah dan Gemas ...syabas lah DUN Gemencheh ...

Syabas dan tahniah sekali lagi ...semoga Pasukan Bola Sepak N.Sembilan  terus berjaya  merangkul piala demi piala  dan yang paling  kita nantikan ialah Piala Malasia  ...sama-sama lah kita doakan ...

                                          Hoben jang hoben...
                                          Gambar yang sempat di rakam

Friday, April 9, 2010

PENYAMPAIAN CEK PROJEK PERUNTUKAN (P56) DUN GEMENCHEH 2010

Peruntukan P56 ADUN Kawasan Gemencheh Tahun 2010 telah selamat disempurnakan dan disampaikan oleh Yb Dato' Kamil pada 07/04/2010 ( hari rabu yang lalu ) .Seramai  38 penerima  yang  dapat peruntukan tersebut..antaranya , kesemua JKKK  Dlm Dun Gemencheh .yang menerima sebanyak RM2000 setiap JKKK , selain tu juga kepada PIBG Sekolah , Surau , Persatuan  , Tabika Dan Rukun Tetangga.

Harap-harap dimanafaatkan lah peruntukan tu ye.

antara tatamu  yang hadir ialah Tok Penghulu kita iaitu Tok Nal ..walaupun dijemput pada saat-saat akhir..Tok Nal tetap komited untuk hadir ...Tq lah Tok...

Pada peruntukan yang belum terima tu..tunggu giliran anda ye...





Sebahagian yang menerima projek peruntuakn P56 ADUN Gemencheh

Thursday, April 8, 2010

SEMINAR MASYARAKAT WANITA ANTI DADAH ( MAWADAH )

Perasmian Seminar Masyarakat Wanita Antidadah  ( MAWADAH ) telah  disempurnakan oleh :
Yb Dato' Mohd Kamil  pada 06 April 2010 , Hari Selasa yang lalu , bertempat di Dewan Sri Gemencheh
                                          
                      Antara peserta yang menghadiri seminar....

                 Ceramah yang disampaikan oleh Dr Norsiah dari
                 Jabatan Kesihatan Daerah Tampin
                    ..orang lain bagi ceramah ..tok mil lak yang hauih...
                                 

               apa pasal lah ketua kampung nie duk kek luar sorang-sorang
               tgu makanan  ke...

                        Ini lah antara barisan J/K yang terlibat...

Jumpa di lain program....

Mesyuarat Bulanan Ketua-Ketua Kampung Dun Gemencheh

Salam satu Malaysia ....

Hari Isnin 05/04/2010 yang lepas telah diadakan Mesyuarat Bulanan  Ketua-Ketua Kampung Dun Gemencheh ...dan tuan rumah kali ini ialah  Kampung Batang Rokan..

Yb Dato' Kamil  kita mengambil pendekatan yang baik dimana  mesyuarat bulanan  ketua-ketua kampung Dun Gemencheh  diadakah dirumah-rumah ketua kampung itu sendiri ...beliau mengambil  kesempatan tersebut untuk berada lebih dekat bersama dengan pemimpin-pemimpin di bawah pentadbiran beliau..Selain mendengar permaslahan kampung , hubungan antara mereka juga lebih akrab.Mesyuarat ini juga disertai oleh Setiausaha JKKK .

Mesyuarat selepas ini  giliran Kg Ulu Rokan pulak....stand by tau...

                                           tunggu dato datang ...
                                           study minit mesyurat ke tok zain tu...

                                           Ketibaan Yb dato'....

                                          Ucapan alu-aluan tuan rumah....terima kasih tok Jamaludin

                                          Mesyuarat sdg di jalankan....

                                          Ini lah yang ditunggu -tunggu... ya beda bedu...dpt laptop..
                                        
                                    
Pada semua ketua-ketua kampung...ingat 'Homework' yang Yb Dato' bagi ...jangan duk memain tau..kojo ..jangan tak kojo...