Tuesday, June 15, 2010

Felda Bukit Jalor di "SERBU"

Salam 1 Malaysia .

Pada 14/06/2010 ( isnin ) yang lalu..YB Dato' Kamil bersama dengan para jentera dan AJK BAKAWALI  telah menyerbu Felda Bukit Jalor  di dalam satu program yang bertajuk "JEJAK ASPIRASI 2010 DAN PENERANGAN GAGASAN 1 MALAYSIA  ANJURAN SERANTA ( FELDA ) JABATAN PERDANA MENTERI , WILAYAH RAJA ALIAS.Program tersebut bertujuan untuk  memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan selain merapatkan hubungan  diantara pemimpin dengan masyarakat setempat dengan cara  menziarah dari rumah ke rumah.. hari tu je Yb Dato telah pergi   sebanyak 21 buah rumah... banyak tu...bak kata ketua kampung jalor " lenjan kaki "..Program yang disertai oleh orang kampung dan belia kampung itu mendapat pujian dari YB Dato'...kato eh...Syabas!...dan terima kasih atas sokongan semua yang menjayakan..Dengan bermotosikal Yb Dato poi dari rumah ke rumah..Memang meriah...lepas ni kita  tunggu felda  mana pulak  kita akan poi...so siap sedia je lah...
Yb Dato bersama para jentera,...bukan main semangat lai..

Wan ni menngis tgk Dato ngan rombongan datang melawat dia...
dalam hujan pun tok kamil tetap bersemangat..


kunjungan ari tu banyak di sertakan dengan air mata ...sedih...

atok ni siap minat duit kat tok kamil...dapek lak tu...untung bona...
khusyuk nya....ntah apo lah yang di adu wan tu kek tok kamil..
barisan jentera yang turut sama ...meriah...
tq pada yang bagi pinjam moto..sporting lah orang bukit jalor nie..

Terima kasih dan sekalung tahniah diucapkan pada semua yang terlibat ...

Sunday, May 30, 2010

PERASMIAN PERSIDANGAN UMNO CAW PT BULUH TAHUN 2010

Salam sejahtera salam satu malaysia
Persidangan UMNO Caw Pt Buluh  dirasmikan oleh :
YB Dato' Mohd Kamil Bin Abd Aziz
Di Balai Raya Kg Pt Buluh
Pada : 23 Mei 2010 ( Ahad )


Sedang nynyi lagu Negara ku, UMNO, Pemuda, Puteri & Wanita la ni...

Sdg merangka ucapan perasmian la ni kot tok kamil tu...dato kalau berucap...hebat...



Anugerah - anugerah yang diterima ...

Saturday, May 29, 2010

ZIARAH MESRA , DEKAT DI HATI .

SALAM SEJAHTERA

Yb Dato Kamil Bersama Persatuan Kontraktor Dun Gemencheh Dan Ahli Badan Kebajikan Wanita Islam Dun Gemencheh ( BAKAWALI ) telah  sama-sama didalam program Ziarah Mesra Dekat Di Hati   Adun Kawasan Gemencheh  ke Kampung Air Rawa  dan Kampung Sg Jerneh  untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.Seramai 6 orang penerima telah dipilih  terdiri dari warga emas dan sakit terlantar.Barangan  berupa barang dapur dan wang ringgit dihulurkan bagi meringankan sedikit  beban mereka.
Kunjungan Yb Dato' mendapat  disambut dengan perasaan yang sangat terharu oleh salah seorang  warga emas yang sakit terlantar sejak lebih sepuluh tahun yang lalu.Suasana  hiba sektika bila tengok atuk tu menangis .nasib baik tak banjir dek air mata ahli rombongan..

ini lah atok yang nangis tu...sedih dia bila tok kamil dan rombongan nak balik

wan  ni isteri atok tu....dia pun terharu sangat terima kunjungan tok kamil

atok ni salah seorang veteran UMNO ..


rakan-rakan kontraktor yang turut sama dalam progrm..tima kasih tlg angkat..moga dapat kerja lebih

terimo lah sumbagan sey  yang tak sebapo ni wan..koba tok kamil.

ini lah  rombongan yang terlibat dlm
Program Ziarah Mesra , Dekat Di Hati..

Terima kasih pada semua yang menjayakan program ini , kita jumpa di program seterusnya...

PERASMIAN GOTONG ROYONG PERDANA DAN VAN JENAZAH MASJID JAMEK GEMENCHEH

Gotong royong  perdana dan Van Jenazah  Masjid Jamek Gemencheh telah di rasmikan oleh
YB Dato' Mohd Kamil Bin Abd Aziz  , Pada  22 Mei 2010 ( Sabtu )  Tempat:  Perkarangan Masjid Jamek Gemencheh




Majlis yang ringkas tapi bermanfaat kepada semua disamping dapat beramah mesra dengan pemimpin   rakyat gemencheh.

Tuesday, May 25, 2010

MUSUH TANAMAN

Perasmian Program Membasmi Musuh Tanaman Kg Batang Rokan
Pada : 18 Mei 2010 ( Selasa )
Jam 11.30pg


Bergambar bersama mereka yang terlibat dan juga hasil  yang diburu...

KEMPEN MERAKYATKAN BUDAYA MEMBACA PERINGKAT DESA AIR KUNING SELATAN 2010


Perasmian Penutup Kempen Merakyatkan Budaya Membaca Peringkat Desa Air Kuning oleh :
YB Dato' Mohd Kamil  Bin Abd Aziz
Pada : 15 Mei 2010
Jam : 3.00petang
Tempat : Perpustakaan Desa Air Kuning Selatan





PERASMIAN PENUTUP KEM MINI TABIKA PERPADUAN PEKAN GEMENCHEH



KEM MINI 2010 TABIKA PERPADUAN PEKAN GEMENCHEH TELAH  DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO' MOHD KAMIL  PADA 15 MEI 2010   ( SABTU ) YANG LALU.

ketibaan YB Dato' disambut oleh anak-anak tabika..

Bersama perserta-peserta kem dan AJK
Bersama  Barisan AJK Kem Mini 2010

Tahniah ! kerana Kem Mini 2010 Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh telah berlangsung dengan jaya nya..