Sunday, May 30, 2010

PERASMIAN PERSIDANGAN UMNO CAW PT BULUH TAHUN 2010

Salam sejahtera salam satu malaysia
Persidangan UMNO Caw Pt Buluh  dirasmikan oleh :
YB Dato' Mohd Kamil Bin Abd Aziz
Di Balai Raya Kg Pt Buluh
Pada : 23 Mei 2010 ( Ahad )


Sedang nynyi lagu Negara ku, UMNO, Pemuda, Puteri & Wanita la ni...

Sdg merangka ucapan perasmian la ni kot tok kamil tu...dato kalau berucap...hebat...



Anugerah - anugerah yang diterima ...

Saturday, May 29, 2010

ZIARAH MESRA , DEKAT DI HATI .

SALAM SEJAHTERA

Yb Dato Kamil Bersama Persatuan Kontraktor Dun Gemencheh Dan Ahli Badan Kebajikan Wanita Islam Dun Gemencheh ( BAKAWALI ) telah  sama-sama didalam program Ziarah Mesra Dekat Di Hati   Adun Kawasan Gemencheh  ke Kampung Air Rawa  dan Kampung Sg Jerneh  untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.Seramai 6 orang penerima telah dipilih  terdiri dari warga emas dan sakit terlantar.Barangan  berupa barang dapur dan wang ringgit dihulurkan bagi meringankan sedikit  beban mereka.
Kunjungan Yb Dato' mendapat  disambut dengan perasaan yang sangat terharu oleh salah seorang  warga emas yang sakit terlantar sejak lebih sepuluh tahun yang lalu.Suasana  hiba sektika bila tengok atuk tu menangis .nasib baik tak banjir dek air mata ahli rombongan..

ini lah atok yang nangis tu...sedih dia bila tok kamil dan rombongan nak balik

wan  ni isteri atok tu....dia pun terharu sangat terima kunjungan tok kamil

atok ni salah seorang veteran UMNO ..


rakan-rakan kontraktor yang turut sama dalam progrm..tima kasih tlg angkat..moga dapat kerja lebih

terimo lah sumbagan sey  yang tak sebapo ni wan..koba tok kamil.

ini lah  rombongan yang terlibat dlm
Program Ziarah Mesra , Dekat Di Hati..

Terima kasih pada semua yang menjayakan program ini , kita jumpa di program seterusnya...

PERASMIAN GOTONG ROYONG PERDANA DAN VAN JENAZAH MASJID JAMEK GEMENCHEH

Gotong royong  perdana dan Van Jenazah  Masjid Jamek Gemencheh telah di rasmikan oleh
YB Dato' Mohd Kamil Bin Abd Aziz  , Pada  22 Mei 2010 ( Sabtu )  Tempat:  Perkarangan Masjid Jamek Gemencheh




Majlis yang ringkas tapi bermanfaat kepada semua disamping dapat beramah mesra dengan pemimpin   rakyat gemencheh.

Tuesday, May 25, 2010

MUSUH TANAMAN

Perasmian Program Membasmi Musuh Tanaman Kg Batang Rokan
Pada : 18 Mei 2010 ( Selasa )
Jam 11.30pg


Bergambar bersama mereka yang terlibat dan juga hasil  yang diburu...

KEMPEN MERAKYATKAN BUDAYA MEMBACA PERINGKAT DESA AIR KUNING SELATAN 2010


Perasmian Penutup Kempen Merakyatkan Budaya Membaca Peringkat Desa Air Kuning oleh :
YB Dato' Mohd Kamil  Bin Abd Aziz
Pada : 15 Mei 2010
Jam : 3.00petang
Tempat : Perpustakaan Desa Air Kuning Selatan





PERASMIAN PENUTUP KEM MINI TABIKA PERPADUAN PEKAN GEMENCHEH



KEM MINI 2010 TABIKA PERPADUAN PEKAN GEMENCHEH TELAH  DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO' MOHD KAMIL  PADA 15 MEI 2010   ( SABTU ) YANG LALU.

ketibaan YB Dato' disambut oleh anak-anak tabika..

Bersama perserta-peserta kem dan AJK
Bersama  Barisan AJK Kem Mini 2010

Tahniah ! kerana Kem Mini 2010 Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh telah berlangsung dengan jaya nya..

Thursday, May 13, 2010

Kursus Pembinaan Blog Pengerusi JKKK Dun Gemencheh

Salam kepada semua  pengunjung blog ini.

Cerita  yang ingin dikongsi kali ini ialah Program Kursus Pembinaan Blog  untuk pengerusi JKKK Dun Gemencheh  yang telah diadakan  pada 06 Mei 2010 (khamis )  yang lalu.
Kursus ni diadakan di Medan Info Desa Kampung Tengah ..seramai 19 org yang dapat hadir pada kursus tersebut.Nampaknya JKKK Dun Gemencheh maju setapak lagi dlam dunia ICT..wah ..lopeh nie maklumat dan aktiviti ada dihujung jari anda.. baca je lah blog JKKK tu semua...
Alhamdulillah...ksemua mereka dapat beri kerja sama untuk tunggu seharian dari kul 8 pagi hingga kul 5 petang ,  kek MID tu nak habis kan kursus blog tu..sobab eh...Yb Dato'Kamil dah bagi kojo.. yang semua  JKKK dlm Moncheh ni mesti dah ada blog masing-masing..apo lai...excited lah diorang belajar..
Tahniah atas kesungguhan yang ditunjukan...harap-harap apa yng dipelajari pada  hari tu di ingat  dan di praktikan..

Pada sebelah petang tu  YB Dato; Kamil  sendiri yang merasmikan penutup dan menyampaikan  sijil pada  peserta  kursus..kan main riang lai dapek sijil..dan dapek ilmu...komitmen yang macam ni lah kita mahukan dari semua ...

moh kita tgk..gelagat dan ketekunan peserta2  kursus blog ..

                         Semoga berjumpa lagi di siri seterus nya..

Friday, May 7, 2010

Pertandingan Keceriaan Kampung Peringkat Dun Gemencheh ..

Salam..salam..salam..

Tak lamo lai kampung-kampung kek moncheh nie mesti  cantik , ceria indah lagi bersih..al-maklumlah...tok mil  telah pun menganjurkan  Pertandingan Keceriaan Kampung Peringkat DUn Gemencheh .HArap nye  Dun Moncheh ni jadi Dun contoh lah ..
Mesyuarat  J/K Pertandingan  Keceriaan ini yang diadakan pada hari Selasa 05/05/10 yang lalu  telah memutuskan pertandingan bermula dari Bulan Julai hingga bulan September ini.., terdapat 3 katogeri kampung yang akan bertanding..iaitu Kampung Tradisi , Kampung Baru@Kampung dalam pekan  dan Katogeri Kampung Felda ..lumayan jugak hadiah nya..Johan akan menerima RM5000 tunai dan RM200 penyertaan , Naib Johan Rm3000 tunai serta RM200 penyertaan dan ketiga , Rm 2000 tunai serta RM200 penyertaan..Pertandingan nie akan dinilai oleh hakim-hakim yang berpengalaman ..macam-macam kriteria yang akan dinilai..jangan ingat nak cantik laman je...internal..dan external tau...nampak macam senang ...tapi.....
Untuk itu ,  semua kampung dan penduduk kampung ..sama-sama lah sahut cabaran nie,..,..bukan tuk orang lain..tuk kampung kome jugak.. dah  boleh dah gotong royong nie...pada J/K yang dilantik..apa tunggu lai..buek lah kojo yang dibori an...nak monang tak???
Tahniah...semua kampung dun mencheh menyahut cabaran...sama-sama kita nantikan hasilnya..

Thursday, May 6, 2010

Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK Dun Gemencheh Bil 3/2010 Ulu Rokan

Salam satu malaysia..

Mesyuarat bulanan pengerusi JKKK  Dun Gemencheh diadakan pada 03 Mei 2010 ( Isnin ) yang  lepas. Tuan umah kali ni ialah Kampung Ulu Rokan .
Seperti biasa.. setiap jkkk diminta untuk mengetengahkan apa juga masalah  yang ada di kawasan masing-masing...bila Yb DAto' dah open macam tu ..fuhh..macam -macam lah isu yang timbul...masjid lah..longkang lah..jalanlah...macam-macam masalah ada..yang mana YB dato' boleh selesaikan masa tu diselesaikan lah..tapi yang perlu di panjangkan pada pihak yang terbabit,,akan diambil tindakan ..SEGERA..

Mesyuarat kali ini , YB Dato' telah menyampaikan baki sebanyak 9 unit komputer untuk JKKK . bukan main suko lai tok-tok ketuo  kampung tu,...
HArapan  YB Dato' segala kemudahan yang diberikan digunakan sebaik mungkin demi kemajuan JKKK mereka sendiri.
Cuaca agak paneh maso tu..tapi mesyuarat berjalan dengan lancar dan orang putih kato..HAppening..
                      Siap-siap tunggu YB Dato' nie...
                 Khusyuk betul tok mil dengar maslah ketua kampung tu...
                timo kasih tok..\
    fuh..dapek juga akhirnya komputer riba untuk bukit jalor..kata tok ab.
                makan time.... time nie memang time kegomaran..

Saturday, May 1, 2010

YB MENCHEH TURUN PADANG LAGI...

Yb Dato' Kamil  sekali lagi turun padang ..dan kali ini ke Kampung Gedok ..Program Ziarah Mesra  Dan Menyampaikan sumbangan seperti ini  adalah program berterusan yang telah dilaksanakan oleh YB kita nie..dalam program ini , YB Dato' telah menyampaikan sedikit sumbangan  dan barangan dapur bagi meringankan beban  ...seramai 3 orang penerima bantuan telah diziariahi oleh beliau melalui maklumat yang disampaikan  oleh Tok Ketua Kampung ..iaitu  Tok Pahim..

Maklumat-maklumat seperti inilah yang diperlukan melalui ketua kampung setiap kawasan bagi mengenal pasti siapa dan apa jenis bantuan yang hendak disalurkan..jika bukan mereka ( ketua kampung ) mengambil pendekatan seperti ini ..pasti ramai diantara penduduk kampung yang tidak diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya.So..pada semua ketua-ketua kampung ..tindakan anda semua diperlukan.

                              mcm ada masalah besar je tu ...
                 nie sey sumbang sikit untuk wan...kata tok kamil..
                         ishhh..paneh badan wan nie.....macam doktor pulak..
       ni yo yang sey dapek bantu wan sikit-sikt..duit tu poi lah boli ubek..yo wan yo..
           bukan maggi tau  dalam kotak tu...anda semua jangan silap..macam2 brg dapur tu..
               suko  wan tu,...tgk kan main lebar sonyum eh..

Terima kasih pada warga kampung Gedok ...